Selasa, 5 Jun 2007

ANDA BIJAK ?? JAUHI ZINA !!!!

ANDA BIJAK ?? JAUHI ZINA !!!

" hilang maruah, keterlanjuran, kehilangan dara, ditebuk tupai dan pelbagai lagi istilah-istilah yang telah diberikan kepada mereka yang telah melakukan Hubungan Seks samada secara suka rela mahupun paksa rela. Namun begitu, pelbagai usaha telah dipelopori dan direncana kan bagi mengurangkan masalah yang berkaitan dgn dosa besar ini.

sehubungan dari itu, Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia telah menubuhkan sebuah pusat latihan dan pemulihan kepada mereka yang telah melakukan ZINA ini. Pusat itu di beri nama Raudhatus Sakinah ( RS ), Alahamdulillah! Allah telah memberi peluang kepada saya utk membuat sedikit prgram bersama pelatih-pelatih RS pada bulan lepas. Pengalaman bersama pelatih2 RS telah memberi kesan mendalam dalam diri saya, terutama untuk giat mengatakan kepada wanita2 bahawasanya " ANDA BIJAK JAUHI ZINA " secara terang-terangan.

Lantaran dari itu, RS akan mengadakan sebuah program yang diberi nama " MALAM AMAL RAUDHATUS SAKINAH ( MARS ) "...program bermatlamatkan bagi mengumpul dana Raudhatus sakinah. Untuk makluman lanjut, sila Click Link di bawah ini.





BUKU : " AKU ORI BUKAN FOTOKOPI " ( AOBF )

Sesungguhnya anda para remaja pasti akan mendapati bahawa anda masih jauh beruntung berbanding anak-anak remaja yang akan kami paparkan kisah-kisah mereka.

Manakala para aktivis dakwah remaja dan juga ahli masyarakat yang prihatin dapatlah kiranya mengambil pelajaran dan pengajaran daripada pengalaman yang dikongsikan.

Jom kita 'setting' niat ikhlas membimbing remaja, 'upgrade' teknik-teknik berdakwah dan menyantuni remaja, 'download' tips, nasihat dan ilmu untuk kita dan remaja, 'upload' usaha berlipat kali ganda demi generasi masa depan ini, 'delete' dosa-dosa dan gejala sosial dan 'top up' nilai-nilai murni di dalam jiwa generasi soleh wa musleh, agar kita sama-sama boleh 'redeem' pahala sebanyak mungki

Dapatkan buku ini dengan segera...untuk makluman lanjut sila click di link ini :


CD : " AKU ORI BUKAN FOTOKOPI " ( AOBF )

Album "Aku Ori Bukan Fotokopi" adalah sebuah album mini yang memuatkan 6 trek lagu hadis dan 4 trek nasihat atau tips khusus untuk remaja.

Album ini telah di jayakan oleh sebilangan besar anak2 seni tanah air, di antaranya ialah :
  1. Kumpulan Devotes
  2. Demascus
  3. The wayfarers
  4. Crescendo
  5. Xifu & algebra
juga turut dijayakan oleh 3 orang tokoh JIM terkenal iaitu :
  1. Dr. Danial (Pakar Motivasi).
  2. Ummi Roses (Pengarah Pusat Perlindungan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah).
  3. Bro Hasni (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Remaja, JIM).
Untuk makluman lanjutdan bagi mendengar PROMO CLIP, sila click di link ini

( " CD AOBf " )


REMAJA !! OH REMAJA !!


Remaja merupakan harapan bangsa, remaja masa kini yang akan mencorakkan masa depan negara, remaja masa kini yang akan bakal memimpin negara.

Jika remaja yang menjadi harapan ini tidak dibekalkan dengan iman & taqwa. Sudah pastinya segala harapan dan impian yang kita idamkan, hanya tinggal kelabu asap. Ayuh bersama-sam lah kita, bentuk remaja dengan akhlak yang mulia, dengan ilmu islam yang sempurna, dengan fahaman serta fikrah yang sejahtera...

ayuhlah wahai sahabat2 ku!!!
ayuhlah wahai teman2ku !!!
ayuhlah wahai rakan2 ku !!!
ayuhlah!!!!!



bai : sekadar ingin mempromosi...sila lawati Blog Kelab remaja JIM ( KRJ ) utk mengetahui prgm2 Remaja.


Tiada ulasan: